Khamis, 24 Mei 2012

~~~MeNgaPa Iri HaTi~~~




Mengikut kamus peribahasa iri hati membawa maksud 'menyimpan perasaan dengki atau cemburu'   atau  seseorang yang mengharapkan sesuatu nikmat yang orang lain dapat hilang dan berasa tidak senang dengan nikmat  yang orang lain dapat. 
               Mengapa boleh terjadinya sifat ini, bagi saya mereka ini tidak tahu atau tidak mahu bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan Allah kepada dirinya. Sebagai orang islam yang telah diperakui dengan dua kalimah syahadah seharusnya mengerti dan faham setiap nikmat itu datang daripada Allah. Kita sebagai umat islam sekiranya ingin berjaya dan memperolehi apa yang diingini bukan dengan cara iri hati dengan apa yang ada pada rakan atau orang lain tetapi dengan cara berdoa kepada Allah semoga kehidupan akan menjadi lebih baik dan bagi sayalah kita juga harus mengikut kemampuan diri. Janganlah orang ada rumah besar kita pun nak rumah besar, orang ada HP canggih kita pun nak HP canggih juga bukan begitu ya. 
               Bak pepatah 'ukur baju dibadan sendiri' mungkin bukan hari ini kamu tidak memilikinya tetapi dengan izin Allah pada suatu hari kamu akan memilikinya juga apa yang kamu mahukan. Yakinlah dengan janji Allah dan yakinlah dengan apa yang dipohon yakinlah yang Allah sentiasa ada dan yakinlah Allah mendengar setiap apa yang dihajati berdoa dan teruslah berdoa. Tetapi harus diingatkan disini kamu haruslah sentiasa bersyukur janganlah menjadi bongkak dengan nikmat yang diberi oleh Allah kerana ianya tidak kekal pada bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik apa yang telah diberinya itu. 
              Dipetik daripada artikel iLuv islam.com Irihati tu boleh, jika kita iri hati melihat orang lain lebih banyak ibadahnya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih baik amalannya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih rajin dari kita. Seterusnya menaikkan semangat kita untuk melakukan seperti mereka. Berazam untuk beribadah, beramal dan bekerja dengan lebih. Melebihi orang lain, ini iri hati yang baik. Iri hatilah kepada para ilmuan Islam yang telah banyak menyumbangkan buah fikiran dan gerak kerja Dakwah yang belum mampu kita laksanakan.
               Rasullulah S.A.W bersabda yang bermaksud 'tidak boleh iri hati kecuali dua perkara iaitu pertama seseorang Allah S.W.T beri kekayaan lalu menggunakannya untuk mempertahankan hak kebenaran dan yang kedua seseorang yang diberi nikmat ilmu hikmah lalu dipergunakan dan diajarkannya.' (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

renung-renungkan lah...
waallahualam....

       
        

~~~ReNunGan HaTi~~~



BARANGSIAPA memohon AMPUN kepada ALLAH, 

Allah AMAT SUKA padanya... 

BARANGSIAPA tidak memohon AMPUN kepada ALLAH, 

ALLAH AMAT MARAH padanya... 

ALLAH tidak HAIRAN banyak mana DOSA kita LAKUkan,

CUMA kenapa KITA tidak mahu berTAUBAT Kepada-

NYA??...
SESUNGGUHNYA orang yang tidak mahu berTAUBAT, 

Adalah CIRI-CIRI orang yang SOMBONG dengan 

TUANnya...



renungan bersama.. 

dipetik daripada  rakan facebook....

Sabtu, 12 Mei 2012

~~~PrOgrAm SeMesTer eMpAt~~~











































kEnaNgan PrOgraM pSiKoloGi PeRkeMbaNgan
di PuSat PeRkemBanGn MiNda KaNak-KanAk
PeTaliNg JaYa...

Khamis, 10 Mei 2012