Selasa, 17 Mac 2015

~~~i'm BaCk...@ 2015~~~

Assalamualaikum...


Fuhh...bersarang dah blog ni...da lama x bukak...n x menulis...sepanjang tahun 2014 aku terlalu bz dgn bermacam-macam peristiwa dan sesuaikan diri duduk jauh dari keluarga...
          Untuk pengetahuan aku mendapat pekerjaan di bandaraya Kuala Lumpur yang mana aku x rela untuk berada disini. Aku minta tukar tetapi di tolak sebab aku x sah jawatan lagi...lama kelamaan aku buat keputusan untuk sambung belajar dah alang-alang duduk kat gombak ni aku sambung kat UIAM. Aku sambung belajar dalam bidang bimbingan dan kaunseling PJJ. Aku sayang nak berhenti kerja sbb susah nak dapat kerja kerajaan ni so x dapatlah belajar full time...
          Sekarang aku dah di penghujung tahun pertama n still bekerja sambil belajar...nak kata penat memang penat mana nak kejar date assigment mana nak buat kerja... balik da penat n kadang terbongkang tak sedar diri sebab kepenatan...
          Bila da sambung belajar ni da jarang la aku balik kampung...bila x de klaz aku dapat la balik bila ada klaz adui merana aku kat KL ni rindu ibu n ayah...ada tu sampai dua bulan aku x dapat balik melaka sebab setiap minggu ada klaz...pengsan aku kepenatan sebab nak kejar topik...klu assignment group kte orang kontak melalui fb atau wasap or email n agih-agih tugas masing-masing...tu da biasa dah masa diploma dulu tp ssh nak jumpalah sebab masing-masing kerja...minggu ni final...oohh..tidak...aku ke busy an...
          Sampai disini je dahulu penulisan aku yang x seberapa ni...next time aku menulis lagi kalau ada masa...huhuhu....

~~~ ^_^ ~~~ 
~~~smile always...~~~
          

Ahad, 12 Januari 2014

~~~HaTi~~~








Ya Allah... hadirkan cinta yang HALAL bagiku, kerana sesungguhnya aku tidak mahukan cinta yang tidak pasti.. jauhkan hatiku dari cinta yang sia-sia...

Perbualan antara shbt saya dgn seorng hamba Allah nie...

hamba Allah: sejak dr sek, aku tgk kau nie x de sorng pn laki dkt...

shbt : adalh...tu si amin, abu, taufik....dorng bkn lelaki ke?

hamba Allah: maksud aku bkn dorng tu...dorng tu kwn2 satu kpla dgn kau...maksud aku boyfriend la....

shbt : dorng tu boyfriend aku ape...bkn ke maksud dia kwn lelaki....hihihi...

hamba Allah: kau nie bila aku ckp suka sngt buat lawak bodoh...

shbt : ialah da kata td boyfriend kan...dorng pn boyfriend kau jgk....hihihi....

hamba Allah :malas lah aku nak ckp dgn kau nie...x prnah nk serius...

shbt : marah pulak dah dia....ok aku nak tnya kau satu je best ke ada byfriend nie aka buayafriend...

hamba Allah: dr pengamatan aku yg da brpengalaman nie ada yang best dan ader yg x best

shbt : ok...skrang beritahu aku ape yg bestnyer?

hamba Allah: yg bestnye ader orng ambil berat ttg kita...yg boleh dgr masalh...bila merajuk ader orng pujuk...

shbt : ooo...ye ker...itu je...yg x best nye pulak ape ye...

hamba Allah: yg x best nye bila gaduh la...suka sngt mengungkit perkara lpz...tp tu jer...

shbt : ooo...ye ke....kesimpulan yang aku boleh buat....couple nie x best pn...

hamba Allah: asal lak kau ckp cam tu...best ape bila kita tahu ader orng suke kite...take care kite...

shbt : yg x best nye dosa yg kita dpt...kau ingt x ayt yg ustazh baca kn "jgn sesekali menghampiri zina" bkn ke bila kita couple tu salah satu menghampiri zina... bg aku, aku mahukan seorng suami bkn nye seorng couple yg blom tentu lagi menjd suami kita... ingat x crmh ustazh fatimah syarha dia ader menyebut "walaupun kita couple 20 thn sekali pn yg kita knl hnyalah lakonan2 nye shja"... ok...aku nk tnya kau bila kau rasa rindu dkt kekasih awl n akhir kau tu kau buat aper?

hamba Allah: aku kol lah dia...aku ckp aku rindu dia atau pn aku msj aku ckp i miss u so much....hihihi...

shbt : rasa nk muntah pulak...hahaha....klu kau nk tahu itu pun salah satu zina...iaitu zina hati...bila kau rindu mesti kau bayangkan diakan n teringt2...

hamba allah: membisu...

shbt : fikir2 kan lah yer...





  
~~~SmiLe AlwAyS~~~
~~~ ^_^ ~~~



Jumaat, 22 November 2013

~~~NiAt~~~



Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال
بالنية) 􀁌 باب قوله ) hadis nombor 1908).


PeNgAjAraN HaDiS:

Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. 

Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.

Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. 

Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.

Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.



~~~Di PeTiK DrP HaDis 40~~~



~~~SmiLe aLwAyS~~~

~~~ ^_^ ~~~






Selasa, 12 November 2013

~~~BeRsBrLah~~~








Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.
Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:

Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau.
Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. 
Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. 
Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. 
Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.

dipetik dari Hadis 40

~~~BeRsBrLah dLm sEtiAp UjiAn Yg dbeRi olehNya~~~

~~~KeMenanGan bG oRg2 Yg BrSbr~~~ 

~~~BeRsbr LaH YeR Cik AtiQaH~~~


~~~SmiLe aLwayS~~~


~~~ ^_^ ~~~


Isnin, 11 Februari 2013

~~~SaHaBaT SeJaTi~~~





Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati



Ya Allah...Ya Tuhanku...
Ampunkanlah Dosa2 Sahabatku ini...
 Kau Tempatkan Sahabatku Nur Ashidah Binti Mohd. Sa'ay
Dalam Kalangan Orang2 yang Soleh...
Ya Allah...Ya Tuhanku...
Hambamu ini Merasa Sangat Kehilangan...
Ya Allah...
Kau telah Mememukan Hambamu ini dengannya...
Sewaktu Hambamu Ini Memerlukan Kehadiran Seorang Sahabat...
Kau Hadirkan dia untuk mememani kesunyian yang hadir Dalam diri ini...
Susah dan Senang Kita Bersama...
Suka Duka, Perit Getir kita harungi Bersama...
Ya Allah...Ya Tuhanku...
Hambamu ini Redha Dengan Ketentuan-Mu...
Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat...
Sahabatku Amanlah kau diSana....







~~~Al-Fatihah~~~




Rabu, 6 Februari 2013

Imran Ajmain - Dikalung Kasihan Official MV





Tiada suara penantian tak bersudah
Sesalanku pun bermula
Sepadannya usia

Tiada cara membiaskanmu cahaya
Puisi tak berlagu
Beza dia ketara tanpamu

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Tiada kata terkilan terbatas asa
Detik pun kian berlalu
Ku tahu luka itu perlu

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Ku bertahan ku bersabar
Menyimpan rahsia yang sebenar
Percuma saja berkorban

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Lelah ku pun terbela
Terlerai pedih lama

Rabu, 23 Januari 2013

~~~KeBaNgGaAn IbU AyAh~~~



ini ada lah sebahagian proses untuk aku bergraduad...
mengisi borang konvokesyen...
cepat aja masa berlalu...
rasa baru semalam sahaja...
mendaftar di kolej kebanggaanku...
iaitu Kolej Universiti Islam Melaka...
yang bakal menaik taraf universiti penuh pada tahun depan....
banyak pengalaman yang aku dapat disini...
disini juga mengajar aku menjadi seorang insan yang berwawasan
demi bangsa dan agama...
insaAllah aku akan sambung degree disini,...
dalam bidang psikologi....

SmiLe AlwAyS
^_^